- Back to Home »
- Medis »
- NANA, sang GADIS 16 Tahun yang TUMBUH JENGGOT KUMIS dan KAKI NYA pun BERAMBUT layak nya pria DEWASA
Posted by : Kamikaze Prime ™
Senin, 22 Oktober 2012
Nana, 16 menunjukkan kakinya berbulu seperti lelaki |
Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah
yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan
tidak boleh dilupakan.Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi
bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan
nyawa.
Pelbagai ubat yang dicaba oleh Nana |
Dia kini lebih rela menghabiskan masa
bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya
mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang
tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.
“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya.
Inilah wajah Nana |
“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,”
kata ibunya.Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.Si ibu
menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah
itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi
mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.“Dia kini tidak mahu
bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca
buku,” lapor Zinhua. -mymetro
NANA, sang GADIS 16 Tahun yang TUMBUH JENGGOT KUMIS dan KAKI NYA pun BERAMBUT layak nya pria DEWASA