|
Tujuh bulan selepas pembedahan |
Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan,
wajah baru Richard Lee Norris ipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi,
lidah dan dagunya, semalam.Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling
meluas pernah dijalankan setakat ini.
|
pembedahan peringkat pertama |
|
pembedahan peringkat kedua |
Dia mengalami kecederaan parah akibat
kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.Selama 15 tahun, Norris terpaksa
menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di
Hillsville, Virginia, ketika malam.
|
inilah wajah terbaru Richard Lee Norris |
|
Wajah Richarfd Lee Norris dahulu |
Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat
Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah
sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga
pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.Insiden itu
menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan
mulutnya.-mymetro
Sumber : http://iniunic.blogspot.com/2012/10/richard-lee-norris-sukses-memiliki.html